kenangan lalu..

kenangan lalu..
rindu...

Sunday 18 December 2011

siapa la agaknye...

hm... dh lama sangat aku x update blog ni..
sbb mmg aku x nak update..

tp tiba2 rs ingin tahu sgt2...
hm.... siapa kah gerangan dari Kota Kinabalu yg view blog aku ye?

bleh sy tahu?







-saya yg teramat ingin tahu-

Monday 20 June 2011

last.

aku tahu ada yg sudi baca blog aku..
tapi aku tak tahu tujuan nye..
mungkin sbg hiburan..
mungkin sbg maklumat..
atau mungkin sbg pengintip???

hm, maaf la ye kpd pembaca..
sbb ni last post.
lps ni aku dh x coret kan ape2 dlm blog ni,
sbb aku dh punya blog lain,
yg kau tak bleh cari lg..

thanks sbb sudi membaca..
da-

Saturday 18 June 2011

Happy Father's Day

Khas utk kaum Adam yang dah bergelar bapa,
Selamat Hari Bapa..
Smoga anda semua sihat & sentiasa dirahmati Allah,
dan smoga anda dapat menunaikan tanggungjawab,
dengan baik, adil, jujur & saksama...

Khas utk abah,
thanks for everything,
mak, along, angah, yana, kakak, atah & adik syg abah..
maaf xde hadiah la,
sbb along baru je berhenti keje.. hu3..
abah... please, jaga kesihatan..
nanti masih sempat tgk along & anak2 abah yg lain kahwin,
dan dpt tgk cucu cicit abah juga..
harap2 abah tak kecil hati dgn along,
sebab along terlalu berterus terang,
maaf ye..

HAPPY FATHER'S DAY!

x lupa utk si dia juga..
selamat hari bapa!
be a good papa to your princess & prince..
take care.. n have a nice day!

so touching!

Sempena hari bapa ni..
byk betul citer yg touching2...
aduhai..
aku ni dh la mudah menangis bila tgk movie/drama yg kekeluargaan ni..

mlm smlm dh menangis,
sbb tgk citer will smith berlakon tu..
ape ek tajuk nye? hmm...
ha! dh ingat.
tajuk nye " the pursuit of happyness"
sangat terharu bila tgk citer ni..
tentang pengorbanan seorg ayah,
utk anak dia & demi masa depan dia...



ni aku baru je bru abis menangis,
tgk movie Hong Kong ni, Andy Lau berlakon, kat ntv7..
tajuk nye "wait 'til You're Older"
aduhai... sedihnye.. =(
tp citer ni byk pengajarannye..
terutama pd kaum adam di luar sana tu..
jgn curang dgn isteri anda,
dan berlaku setia, adil dan jujur dalam perhubungan dan keluarga..
kerana masa di dunia ni sgt singkat..
jd hargai lah ia sebaik mungkin..




dan paling utama,
cerita2 yg aku tgk ni,
semua ada pengajaran utk aku..
hanya dia je tahu ape pengajaran tu,
kalau dia terus membaca blog aku ni..

impian aku,
adalah utk melupakan dia..
aku tak kan lupa kenangan dan jasa baik dia pd aku,
aku sangat berterima kasih pd dia,
atas kasih syg yg dia berikan..
aku mmg sangat syg kan dia...
tapi aku harus lupa kan dia,
sebab dia bukan milik aku..
dan hakikat nya, dia mmg tak syg kan aku & tak cinta kan aku..


pesanan utk dia jika dia membaca blog ni,
maaf kalau suatu hari nanti,
anda tak dpt menghubungi saya lagi,
sebab sy dh buat keputusan ni,
utk kebahgiaan semua org,
dan utk ketenangan diri sy juga..
maaf kan sy..
smoga dia menjadi seorang lelaki yg baik pd keluarganya & juga pd agamanya.
Amin...

Friday 17 June 2011

GCB with f.r.i.e.n.d.s.

29 Julai 2010

Tarikh yg x leh lupa..
hang out dgn kwn2 keje, tetamu n family C.O.O,
g mkn mcD...
mse tu tgh hangat dgn GCB ni la...
tp paling best adalah....
makan FREE!! sbb C.O.O yg baik hati blanja mkn,
with his friend, Miss Yan... ahaks!
thanks....

korang ingat x? mse nak gi McD, kte gi 2 keta..
n berhimpit2... lawak giler...
lps tu, terpaksa meredah hujan lebat,
mse balik ofis.. hu3..
tp sempat bgmbr2 lg,
kt kdai brg sukan tu,
sementara tunggu hujan reda sikit...
nasib baik smpai kt ofis.. C.E.O x msuk ofis lg...
hu3....

miss uols..... =(
hopefully uols bahagia walau di mana uols berada...
aku betul2 rindukn kenangan waktu bersama korang...
take care my dear f.r.i.e.n.d.s & C.O.O....




Thursday 16 June 2011

profile about me..

someone has making profile about me..
nice..
n kebanyakkan nya betul la..
anyway, dia hanya kawan aku...
not more than that because i'm happy, he already has his "super babe".. ahaks!
thanks my friend..

let me share to uols about what he said about me...

ko nak tau ape profiling aku pd ko?
*ko memang garang luaran
*tp deep down ko penyayang
*ko marah2 n sampai masa ko akan simpati pada orng yg ko marah
*caring
*kalau bleh semua orng ko nak tlg
*dari segi duit ko pandai guna
*kebanyakan ko akan bantu orng lain

that's all from him...

and he makes me smile
selepas aku kemurungan hampir 3 minggu ni...
Ya Allah, terima kasih sbb Kau beri aku kwn yg baik ni..
thanks.. aku bersyukur...

dia dh delete aku.

sedih nye.
setelah byk yg kita kongsi bersama,
oleh kerana kata2 mereka,
maka kau delete aku,
keluar terus dr hidupmu,
tanpa dgr penjelasan aku,
sungguh mudah,
seperti kau memetik jari,
sepantas itu kau memutuskan,
ikatan yg terbina ni..

satu hari nanti,
kebenaran akan terbongkar.

terima kasih utk segalanya..

Tuesday 14 June 2011

pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu dan lirik : Nasyid DeHearty

lemahnya.

Ya Allah....
lemah nya aku rasa ketika ini..
seperti hilang tempat bergantung..
sedih yang tidak tertanggung..
bila insan2 yang kita percayai meninggalkan kita..

Ya Allah..
berilah hamba Mu yang hina dan lemah ini kekuatan
utk teruskan hidup
utk buktikan kejayaan dalam hidupku
dan dunia akhirat..

Ya Allah..
berilah petunjuk dan hidayah
pada insan yang semakin bongkak dan lupa diri itu
semoga dia sedar kesilapan nye
dan perbaiki segala yg telah dirosakkannya
dan paling penting, dia berkata benar...

Ya Allah..
Maaf kan aku, ampunkan aku segala khilafku
aku hanya ingin jujur dlm hidupku..
maka KAU berikan aku panduan..
agar aku tak terpesong..
KAU tetapkan iman ku..
dan lindungi aku dari segala kejahatan, fitnah, penganiyaan dan kezaliman..
amin.. amin.. amin.. ya rabbulalamin...

Sunday 12 June 2011

mencintai NYA.

aku ingin belajar...
untuk mencintai NYA..
sepenuh hati ku..

smoga DIA menerima ku..
dan memaafkan segala kesilapan ku..
serta menerima taubat ku...

amin...

bila rindu menyapa...

tak salah kan aku..
bila aku merindui dia..
kerna dia bukan milikku..
dan tangan ku tak sampai memeluk dirinya..
aku hanya rindu kan dia..
bukan bererti aku ingin memiliki dia..
kerna dia milik yang lain..
dan aku tak tergamak merampas dia..
aku bukan kejam..

tapi terasa diri ku ni bodoh..
sbb merindui insan yg tak pernah rindukan aku..
yang tak pernah menyintai aku
yang tak pernah menyayangi aku..

mendekati aku..
hanya kepentingan sendiri..
hanya kerana nafsu..

aku ingin melupakan kau..
aku akan tetap berusaha utk melupakan kau..

tapi aku akui..
bukan mudah utk melupakan kau..
terlalu banyak kenangan...
ada kala nya aku terlalu benci dan hina dgn diri sendiri..
bila mengingati semua itu..
sedangkan kau bergembira di sana...

adakah kau gembira melihat keadaan ku sekarang??

Friday 10 June 2011

Kisah teladan Islam : Nasib Si Pencuri

Aku nak berkongsi cerita ni ngn korang... Sebab ia masih ada kaitan dengan orang2 yg ada di sekeliling aku.. dan aku harap orang ni akan bertaubat dan mengaku kesalahan nya nanti.. selamat membaca!

Hateem bin Jamul ialah seorang pengembala kambing. Tuannya bernama Tuan Zabanir. Hateem bekerja setiap hari dengan hati yang ikhlas. Hateem juga seorang pekerja yang baik.
Pada suatu hari, Hateem telah diperdaya oleh iblis untuk menjadi kaya. Dia mula memikirkan cara yang mudah untuk menjadi kaya. Setelah lama berfikir, dia pun mendapat satu jalan. Dia mahu menjual kambing-kambing tuannya di pasar. Cubaan pertama Hateem adalah membawa beberapa ekor kambing ke pasar. Setelah menjual kambing-kambing itu di pasar, dia berjaya mendapat wang yang banyak. Apabila Tuan Zabanir bertanya tentang bilangan kambing-kambingnya yang semakin berkurang, Hateem menjawab bahawa kambing-kambing itu telah dibaham oleh binatang buas.
Tuan Zabanir tidak memarahi Hateem, sebaliknya beliau meminta Hateem menjaga kambing-kambing itu dengan baik. Selepas peristiwa itu, Hateem mahu menjual lagi kambing-kambing milik tuannya. Pada kali ini, Hateem membuat alasan bahawa pencuri telah membawa lari kambing-kambing itu. Tuan Zabanir masih lagi mempercayai kata-kata Hateem untuk kali kedua. Hateem berasa sangat selamat. Dia semakin seronok dengan perbuatan mencuri.
Hateem meneruskan niat untuk mencuri kambing untuk kali ketiga. Setelah dia berjaya menjual kambing-kambing itu di pasar, dia pulang dengan hati yang senang. Dalam perjalanan pulang, Hateem telah dirompak. Kesemua wang hasil jualan kambing itu telah dirompak. Akhirnya, perbuatannya terbongkar dan Tuan Zabanir telah menghukum Hateem atas perbuatan mencuri kambing-kambingnya itu.

TELADAN: ORANG YANG SUKA BERCAKAP DUSTA, AKHIRNYA ALLAH SWT AKAN MEMBONGKAR RAHSIA KEBOHONGANNYA.

Renung-renungkan dan selamat beramal (gaya prof izzi)... ahha... (tiba2 teringat allan... rindunya sama kau!)....

Friday 3 June 2011

Kisah teladan Islam : Semut & Nabi Sulaiman AS

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Dalam perjalanannya, baginda terserempak dengan sekumpulan semut yang sedang mengusung makanan. Baginda mengamati kumpulan semut itu dan mendapati beberapa biji kurma sedang diusung.

Nabi Sulaiman AS bertanya kepada semut-semut itu, "Wahai semut, tujuan apa kamu membawa kurma-kurma itu?" Salah seekor semut itu menjawab, "Wahai tuanku, ini ialah kurma yang Allah SWT berikan kepada kami sebagai bekalan makanan untuk tempoh setahun."

Nabi Sulaiman AS mengambil botol lalu berkata kepada semut-semut itu, "Wahai semut sekalian, masuklah ke dalam botol ini. Kamu telah diberi beberapa biji kurma untuk bekalan kamu selama setahun. Tahun depan beta akan kembali untuk melihat keadaan kamu." Semua semut itu taat kepada perintah Nabi Sulaiman AS.

Setelah setahun berlalu, Nabi Sulaiman AS kembali melihat kumpulan semut itu. Baginda melihat kurma-kurma itu tidak banyak yang berkurang.

Nabi Sulaiman AS bertanya, "Hai semut-semut, mengapa kamu tidak menghabiskan kurma-kurma itu?" semut menjawab, "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya, selama ini kami hanya menghisap airnya dan banyak berpuasa. Kami berasa bimbang sekiranya kurma-kurma itu dihabiskan, kami tidak akan mendapat bekalan lagi daripada tuanku untuk tahun yang mendatang." "Jangan bimbang, selama ini Allah SWT yang memberikan rezeki kepada kami," kata Nabi Sulaiman AS.

TELADAN: MENGHARAPKAN PEMBERIAN REZEKI DARIPADA ALLAH SWT LEBIH BAIK DARI BERGANTUNG REZEKI DARIPADA MANUSIA..

Sumber: Koleksi Cerita Teladan Islam

p/s : mesti korang pelik, npe aku letak citer ni dlm blog aku kan? ape2 pun, utk pengetahuan korang, ape shj yg aku letak dlm blog aku ni,pasti ada kaitan dlm hidup aku... untuk bos2 di luar sana, jgn berlagak sgt, yg susah kene bantu, bukan nya dianiaya.... renung2 kan.... =)

Monday 30 May 2011

kenduri kawin,

hm... musim cuti sekolah.
mmg byk kenduri kawin.
makan free.. org kata la.
hm... kawan2..
maaf sbb xdpt kenduri kawin korang.
setiap kali ada knduri kawin kwn2,
pasti ada halangan utk aku pergi.
maaf sekali lg.
bukan aku x nak pergi..
sedangkan aku sgt2 nk pergi
nk tgk hari indah & bersejarah korang semua,
tp apakan daya..
aku mmg tidak berkesempatan
mungkin byk anggapan korang terhadap aku
tp aku redha..
jika satu hari nnti,
aku punya majlis bhgia..
dan korang xdpt hadir..
mungkin itu balasan utk aku..
tp aku dh ready.. n waktu tu aku akan phm..
perasaan korang ttg kwn baik yg x hadir ke majlis mu..
maaf kan aku ye kawan....

Friday 20 May 2011

tiba-tiba.

menangis lagi.kerana insan yg tak pernah hargai kewujudan kita.tiba-tiba rasa diri ni bodoh sangat.sebab terlalu mengutamakan perasaan dan kehormatan dia-dia ni.tapi hati sendiri terluka.sampai bila harus aku tabah??aku cuba untuk menjadi sekuat yg aku mampu.tapi air mata ni tetap mengalir keluar.sedih mengenang nasib sendiri.aku kemurungan?mungkin juga.bahaya ke?ntah la.aku sndiri pun tak pasti.ape yg boleh ubati kemurungan aku ni?just kata-kata semangat dari dia, tapi bukan dia-dia.aku rindukan dia.oohhh angin lalu sampaikan rinduku pd dia.tapi dia tak pernah merindui aku.dia tak pernah menyayangi aku.dia hnya suka kan aku.. aahhhh! lupakan dia! aku perlukan seseorang yang boleh menyayangi dan terima aku seadanya. ada ke?? ntah la.. aku sendiri tak pasti.hanya berdoa untuk yang terbaik.

Thursday 19 May 2011

persamaan.

pagi ni...
aku menonton movie di HBO..
tajuk nye... A Walk To Remember...
1st time aku menonton nye di bilik video..
di library mciium..
bersama lecturer & kwn2 kelas..
sewaktu kelas english... 7 tahun dulu...
lama sungguh...
tak sangka sungguh pantas masa berlalu....
aku sgt merindui kwn2 aku..
dan zaman blaja..

persamaan...
dalam movies yg aku minati..
A Walk To Remember...
A Moment To Remember(korean)... dan,
Lagenda Budak Setan...

semua citer di atas..
ada persamaan..
iaitu cinta sejati & ikhlas..
dari seorang lelaki..
kepada seorang wanita yg dia cintai..
yang sanggup menerima wanita ini seadanya..
menerima semua kebaikan & keburukan nye..
dan mengharungi kehidupan dgn tabah...
melengkapi antara satu sama lain..
demi mengecapi cinta bahagia...

alangkah bahagia nye..
dapat menikmati kehidupan sebegitu..

aku pula...
masih belum menikmati kehidupan itu..
mungkin ia masih dalam perjalanan..
kerana aku sedia menanti...

aku bukan sempurna.

aku bukan lah sempurna...
sudah aku katakan dari mula lg
aku bukan professional...
tp kau tetap mengambil aku..
kau katakan tak mengapa..
sbb kau bleh ajar aku..
aku tiada pengalaman..
kau bleh bimbing aku..

aku ingt lagi..
berkali2 kau memujuk aku..
supaya menyertai kau...
tp aku katakan...
aku tiada pengalaman..
aku bukan professional...
tapi kau tetap ingin mengambil aku..
kau meyakinkan aku..
dengan janji2 manis kau...
akhirnya org2 yg aku syg ni terpedaya dgn janji2 manis kau tu...
lalu aku turutkan kemahuan kau dan juga org2 yg aku syg ni...

aku sangat menghormati kau..
sbb kau keluarga aku..
tak sangka setelah setahun...
ia jadi begini..
kau memfitnah aku..
dengan kata2 yg keluar dari mulut kau tu..

aku tetap bersabar..
sbb kau keluarga aku...
tp aku tak pasti
sama ada aku bleh berhadapan dgn kau lg atau tak
sbb hati aku terlalu sakit
aku tak dapat maafkan
ape yg kau buat...

maaf..
aku bukan sempurna...
aku bukan sempurna di mata kau..
tidak sempurna seperti insan yg kau agungkan tu...

apa2 pun...
aku sangat berterima kasih pd kau..
sbb kau telah beri peluang
yg sangat berharga pd aku...
aku tak kan lupakan..
sehingga ke akhir hayat aku..

terima kasih untuk segalanya....

Tuesday 10 May 2011

act like a lady, think like a man.

aku suka baca buku ni..
baru abis kan 6 chapter..
ni la keje aku sejak digelar "penganggur"..

setelah aku baca buku ni..
aku dapati diri ku ini..
diibaratkan ikan mainan oleh lelaki..
bukan ikan belaan..

msti korang x phm kan bila aku sebut ikan belaan atau ikan mainan ni..

xpe.. korang akan phm sndiri bila baca buku ni nanti..

kaum2 hawa di luar sana..
beli n baca buku ni..
ia bagus...
kita boleh tahu tipu daya helah lelaki..
dan dlm mse yg sama..
kita juga boleh baiki diri utk jd pasangan yg hebat di mata lelaki..
kerana dia cerita kan apa yg lelaki inginkan...

ia saling melengkapi...

buat si dia...
baru aku tahu...
siapa aku di sisi kau...
aku hanya ikan mainan yg diibaratkan dlm buku ni..
kau hanya permain kan aku..
walaupun kau katakan kau suka pd aku...
tak mengapa jika ini takdir ku..
terima kasih utk segalanya...
smoga kau bahagia dengan hidupmu...

Monday 9 May 2011

suka kau.

suka tak bermakna sayang
sayang tak bermakna cinta..

"aku suka kau"..
ungkapan yg mungkin menggembirakan aku..
yg suka aku dengar..

tapi tu semua ungkapan kosong..
yang tiada bermaksud apa2..
yang tak punya ape2 harapan...

aku sedang diulit mimpi..
mimpi yang tiada arah tuju..
yang tiada pengharapan...

kesedihan menyelubungi hati aku
dan aku tak tahu
sampai bila..
dan bila ia akan berakhir..

kerana dia..
yang bertakhta di hati aku...

Thursday 5 May 2011

yang terakhir.

cemburu kah aku?
pd dia?
tp knp?
sbb aku sgt menyayangi nye..
sedangkan aku bertepuk sebelah tangan..
dan mungkin dia..
sedang mengambil kesempatan..
pd kelemahan & kekurangan aku ini...

tp tak mengapa...
sbb ini yg terakhir...
aku bertemu dgn nye..

lepas ni..
aku tak kan ada lg dlm hidup dia..
buat selama nya..
walaupun perpisahan ini...
amat menyakitkan & menyeksakan..
namun aku redha..
jika perpisahan ini..
akan membawa kebahgiaan pd semua...

terima kasih..
utk segalanya...
maafkan semua kesalahan ku pd mu selama ini...

smoga kau bhgia bersama org2 yg tersayang....

selamat tinggal..
buat insan yg pernah bertakhta di hati ku ini...
ku doakan agar kau mencapai segala impian yg kau hajatkan...

Wednesday 27 April 2011

.penat

penat
sbb menjaga hati org lain
tp diri sndiri terabai

penat
sbb menguruskan hal org
tp hal sndiri tergendala

penat
sbb memikirkan penyelesaian hal org
tp hal sndiri x selesai2 jugak

penat
menjaga rahsia & aib org
tp rahsia sndiri terbongkar
kerana org2 ini x amanah

penat
menjadi amanah & jujur
tp org2 ini tetap menganiaya kita


tapi...
penat ini berbaloi kan
sbb kita dpt mengenali musuh atau kwn
sbb kita dpt pengalaman & pengajaran
sbb kita dpt melatih diri menjadi lebih tabah & berkeyakinan...

terima kasih utk semua ini.

Wednesday 20 April 2011

delete dia.

20 APRIL 2011

akan ku kumpulkan kekuatan
utk delete dia dr hidup aku
setelah aku tahu
dia hanya ingin mempergunakan ku
selama ini dia hanya mengambil kesempatan
aahhh!! benci nye aku!
betapa bodohnya diri ku..
kerana mempercayai diri dia
kerana menyayangi diri dia
kerana mencintai diri dia

pergi!!!!!!!!!!!!!
aku tak nak kau wujud lagi
dalam hidup aku!
kau sama seperti yang lain..
tak ubah seperti yang lain..

berambus!!!
nyah kau dari sini!!
betapa aku sedih dgn semua ni
hancur hati aku

terima kasih
kerana sedarkan aku
tentang diri kau
dan juga kaum sejenis dgn kau

aku akan lebih berhati2 lps ni
jgn kau tanya kenapa aku begini
kenapa aku berubah
sedangkan kau lah punca nya!

delete semua nya.

Tuesday 19 April 2011

mcm tunggul.

bengang.
geram.
malas layan lagi.
rs mcm tunggul.
tak dipeduli.
lbh baik blah je.
rs tak di hargai.
takpe2... masanya akan tiba.
jgn ada rasa kesal.
tp aku rs dia tak kesal kot.
dia rs bhgia bila aku tiada.
xde org nk bising.
xde org nk soal siasat.
ok.. aku blah..
so,xde lg jiwa kacau...

.tiada lagi cinta.

19 APRIL 2011

andai kata aku berhenti senyum kepadamu,

andai kata aku tidak lagi bersenda tawa dgn mu,

andai kata aku tidak lagi menulis mesej2 darimu di dlm diari ku,

andai kata aku tidak lagi rajin membalas mesej2 mu,

andai kata aku tidak menjawab panggilan dari mu,

maka kau maafkan lah aku.....

kerana hati ini bukan lagi

MILIKMU.....

Akhirnya..

16 MAC 2011

Akhirnya aku luahkan...
segala yang terbuku di hati...
Selama aku menanggung perasaan ini...
seorang diri...
tiada yang tahu..
hanya aku dan DIA...
yang mengetahui...

aku tak pasti..
sama ada kau sedar...
atau kau sengaja buat-buat tak sedar...
atau pun sememangnya kau tidak sedar..
tentang perasaan aku pd kau..

sekurang-kurangnya aku lega..
selepas meluahkan nya..
aku dpt lihat riak wajahmu..
yg seakan tidak percaya..
dengan kata-kata ku...

aku tahu..
aku tidak layak berada disamping mu
kerana seseorang yg lbh baik...
telah berada disamping mu...
kau memiliki segalanya..
kerjaya, kehidupan & keluarga yang menyayangi mu..

tapi..
aku perlukan kepastian...
kenapa diri ku kau dekati??
Sedangkan kau telah ada permaisuri..
Yang bertakhta dihatimu...
Dan dihadiri dengan putera puteri..
Yang melengkapi hidupmu....
Tidak cukupkah semua itu?

Kenapa diri ku kau dekati??
Adakah kerana aku wanita yg murah?
Yang mudah dipergunakan?
Atau mudah dipermainkan?
Maka dengan senang nya kau mendekati aku...

Namun...
Aku tak menyalahkan kau..
Kerana...
Bertepuk sebelah tangan...
Tak akan berbunyi kan...
Mungkin ada sebabnya..
Kau menjadi begitu...
Walaupun tidak pernah..
Kau menceritakan kpd ku..
Tp aku pasti kau punya alasan...
Yg x mampu kau ulas kan...

Aku tak marahkan kau..
Bahkan aku ingin berterima kasih pd kau..
Kerana kasih syg, cinta dan keprihatinan..
Yg kau berikan pd aku..
Walaupun seketika...

Kau mengharapkan..
Agar aku jumpa seseorang..
Yang dpt memberikan..
Kebahgiaan dlm hidupku ini...
Smoga doamu ini dimakbulkan...
Dan dengan ini...
Aku sudah tahu..
Siapa aku sbnrnya..
Dihatimu selama ini...

Dan aku redha dengan ketentuan ini..
Kerana kita tidak ditakdirkan bersama...
Tapi ditemukan...
Untuk sebuah perkenalan...
Yang tiada awal & penghujungnya...

Kesempatan ini..
Aku ingin berterima kasih pdmu..
Utk segala-galanya...
Jika ada aku membuat kau terasa..
Jika ada salah & silapku..
Sepanjang mengenali, berkawan denganmu...
Maka maafkan lah aku..
Kerana aku wanita yang lemah...
Yang banyak cacat cela nya...




Aku doakan..
Agar kau sentiasa bahagia..
Disamping keluargamu yg tercinta..
Pesan ku..
Supaya kau menghargai..
Segala permata yang ada pd mu sekarang..
Kerana ia sgt berharga..
Jgn la kau abaikan nya...
Sayangilah mereka sepenuh hatimu..
Jangan kau khianati mereka lagi..
Kerana tiada apa lg..
Kerana tiada siapa lg..
Yang menjadikan dirimu..
Pengkhianat cinta sejati...

Aku juga..
Berjanji dengan diriku yang hina ini..
Supaya perkara ini..
Tak akan terulang lagi...

Dan dengan tenang nya...
Aku melepaskan kau..
Pergi dari hati aku...
Aku redha dengan ketentuan Nya...
Smoga Allah mengampuni..
Segala dosa-dosaku...
Dan terima taubatku ini..
Amin...

terlanjur mencintaimu..

10 FEBRUARI 2011

aku terlanjur mencintai diri mu..
aku tak tau bila, di mana, bagaimana ia terjadi...
ape yg harus aku lakukan?
salah kah aku?
adakah aku harus berundur?
aku ingin menjauhkan diri dari mu
tapi takdir dan keadaan sentiasa mendekatkan kita..

aku dah tak sanggup lagi...
menahan perasaan di hati ini..
tak mampu menahan air mata ini jatuh
setiap kali kita bertemu..


mampukah aku menunggumu?
patut kah aku menunggu mu?
berbaloikah aku menunggu mu?
sedangkan aku tau kau punya hidup yg lbh bahagia...

aku sentiasa mendoakan..
agar aku n kau disatukan secara halal..
jika ditakdirkan itu jodoh kita

tapi jika kau bukan takdir utk ku..
aku minta dari NYA agar pisahkan kita..
dengan cara apa skali pun..
termasuklah nyawaku... ingatanku...
aku sanggup!!


ini kerana...
aku terlanjur mencintaimu...
terlalu mencintaimu...
andai kau tahu...

aku akan menunggu mu...
selagi aku masih mampu..
selagi rasa cinta pd mu ini..
masih tebal dalam diriku...

Ya Allah

8 DISEMBER 2010

Ya Allah....
Betapa seksanya aku..
Ingin melupakan insan yg aku sayangi..
Dia datang di kala aku sepi..
Memberikan aku kasih & sayang...
Memberikan aku kebahgiaan..

Ya Allah...
Sungguh besar dugaan Mu kpd ku ini..
Rasa tidak tertanggung hati ini lagi
Utk menyimpan semua kenangan ini...

Aku tau aku berdosa...
menyayangi insan yang sudah dimiliki oleh insan lain...
Tapi itu bukan pintaku..
Semakin aku ingin lupakan dia...
Semakin kuat ingatan ku padanya...

Ya Allah... pisahkan lah kami..
Jauhkan lah kami sejauh-jauhnya...
Jika perlu...Engkau ambil la ingatan ku ini..
Agar aku tidak merana mengingati nya lagi...
Sedangkan Engkau tahu..
Betapa aku sangat menyayanginya...
Aku insan yang sangat lemah..
Yang perlukan perhatian, kasih sayang dan cinta...
Jika diriku ini layak menerima cinta dan kasih sayang dari insan bergelar lelaki & suami..
Maka kau gantikan kesedihan ku ini dengan kegembiraan & kebahgiaan...
Temukan lah aku jodoh dengan lelaki yang mampu memberikan aku kebahgiaan...
Yang mampu membimbing ku di kala aku mencari cahaya-Mu...
Yang mampu menjadi imam di setiap solatku...
Yang mampu berkongsi kesenangan & kesusahan bersamaku...




Ya Allah...
Andai aku tidak layak menerima semua ini...
Maka aku redha dengan ketentuan dari Mu ini...
Sesungguhnya Engkau lebih Maha Berkuasa...

Namun pintaku hanya satu...
Kau ampunkan segala dosa-dosa ku...
Terima lah taubatku...
Dan berkatilah hidupku ini...
Agar sentiasa dilimpahi rahmat & petunjuk dari Mu Ya Allah..
Amin....

Monday 18 April 2011

kenapa aku?

22 SEPTEMBER 2010

knp aku jd begini? Slalu memikirkan dia...
aku xnak fikir lg pasal dia...
tp kenangan kami sentiasa segar di ingatan.... di dlm mimpi...
mungkin dia anggap biasa... tp aku....
bg aku kenangan ni akan mempengaruhi kehidupan seharian ku n mgkin masa depanku...
kdg2 aku rs dh x mampu nk hadapi semua ni...dh tertanggung lagi...
tp sesungguhnye Allah menguji pd hambaNya yg mampu menghadapinye...



kdg2 aku terfikir knp aku slalu di uji begini dlm menginginkan hubungan yg halal n bhgia seperti org lain?
Hati aku slalu dipermainkan.... sedangkan aku cukup setia...
Slalu ditipu sedangkan aku jujur dlm perhubungan....
Sering dipersendakan sedangkan aku mempercayainya....

Bila dia dlm kesusahan, aku lah yg dia cari..
Tp bila dlm kesenangan..... tiada khabar berita yg aku terima....
Ape yg mampu aku buat sedangkan jauh di sudut hati aku ini.... aku sgt menyayanginya..
Terlalu mudah bersimpati.... akhirnye diri sndiri merana...
Dia telah membuat keputusan.... terlalu mudah dia membuat keputusan...
Katanya ini adalah jln yg tbaik bg hubungan ini n demi mse depan.... dunia n akhirat...
Pastinya tiada lg harapan..... jodoh antara aku n dia....
Dan aku juga tidak mahu merosakkan kebahgiaan yg dia ada sekarang....
Walaupun dahulu nye aku pernah menjadi tempat persinggahan dia....
Aku harus melupakan dia selamanya.... melupakan segala kenangan....
Ya Allah.... jauhkan lah hatiku dari hatinya..... dia bukan utk ku....
Bg lah aku kekuatan agar aku dpt melupakan dia n dpt menjauhkan diri darinya.....

Hati aku sedih..... terlalu sedih......
Aku ingin lari jauh..... jauh dari dia... jauh dari segala kenangan pahit yang membuat aku sedih...
Ya Allah... tunjuk kan lah dimana silapku..... bimbinglah aku.... bantulah aku hadapi semua dugaan...
Aku tak nak lagi dipermainkan sebegini.....
Aku inginkan kebahagiaan, kasih syg n cinta yg abadi....
Jika tertulis ade jodoh ku, maka temukan lah aku dgn nye... dgn lelaki yg benar2 ikhlas menyayangi n menyintaiku.... yg tidak akan mengambil kesempatan pd kelemahan ku.... bahkan membimbing ku menjadi lbh baik....
Jika tertulis tiada jodoh utk ku, maka KAU bimbinglah hati aku agar tidak terpesong ke jln yg mungkar n maksiat....
Murahkan rezeki ku dgn rezeki yg halal agar aku dpt membantu keluarga ku....
dan perkenankan lah doa2 hamba Mu yg lemah lg hina ni....

andainya dia tahu...

24 JULAI 2010


Setiap kali ku lalui jalan itu, pastinya ku teringat dia....
setiap kali ku melintas laluan itu,pastinya ku teringat dia...
setiap kali ku terpandang tempat itu,pasti aku teringat dia....
setiap kali ku lalui tempat itu,pastinya ku teringat dia...
setiap kali ku berada di tempat itu,pastinya ku teringat dia....
dan setiap kali aku merasa kedinginan,pantas aku teringat dia....
Kenapa aku asyik teringat dia? mengapa aku tak dpt lupakan dia?
adakah kerana perhatian yg dia beri membuatkan aku bahagia seketika?
atau pun kerana aku sudah punya perasaan terhadap dia?
ntah la.. aku sendiri kurang pasti......
tp yang pastinya aku akan merana jika ada hubungan istimewa antara kami....

Adakah kerana kesunyiaan ni membuat kan aku teringat dia....

Aku ingin bahagia, menyintai dan dicintai...... tp pastinya bukan dgn dia....
Tiada jodoh antara kami.......

Aku juga seorang wanita.... apa yg mampu ku lakukan adalah berdoa supaya dia sentiasa bahagia dengan kehidupannya sekarang..... aku bukan seorng yang kejam, aku tak sanggup merampas hak milik orang.... aku ingat pd kata2 ini.. 'what u did, u get back!'

andainya dia tahu.....
dia telah memberi kebahgiaan kpd ku walaupun sekejap...
memberikan aku perhatian yg aku inginkan....

andainya dia tahu......
aku masih tidak dapat melupakan dia....
mungkin memori ini akan semakin lenyap.....
apabila ku jumpa seseorg yg lebih baik....
yg dpt melupakan aku tentang dirinya dan memori kami.....

ataupun...

setelah aku tiada di dunia ni....

kadangkala aku terfikir.... alangkah bagusnya aku menjadi 'ayu'... watak di dlm novel "lagenda budak setan"...... setelah terlalu banyak kesengsaraan yg dia alami, akhirnya Allah memberinya kebahgiaan sementara dengan hidup bersama insan yg ayu cintai setelah dia hilang ingatan..... dia tidak ingat pahit manis derita kenangan lalu, namun dia mendapat kenangan baru yg lebih membahagiakan bersama insan yg dia cintai.....walaupun singkat waktunya....

Telah berulang kali ku membaca novel "lagenda budak setan"...... Setiap kali ku baca, aku akan terfikir... wujudkah lelaki yang seikhlas, sejujur, dan sebaik insan yang bernama Kasyah seperti dalam novel itu? mungkin ada.... 1 dlm berjuta.... dan pastinya wanita di sisi nya itu adalah wanita yang paling bahagia.....

Andainya dia tahu....
Aku ingin lihat dia bahgia dengan kehidupan nya sekarang....
Menghargai, menyayangi wanita yg berada di sisinya sekarang.....
aku sentiasa mendoakan kebahgiaan utk dirinya....
walau di mana saja aku berada......

Andainya dia tahu...
Setiap masa aku cuba melupakan dia....
Bukan bererti aku membenci dia...
Tp aku tidak mahu hati ini terluka lagi.... dan..
aku mahu berhenti bermimpi dan berharap..
dengan perkara yg tidak pasti....

Andainya dia tahu...
Ku harapkan doa dari dia utk ku....
Mendoakan smoga hati aku dijauhkan dari hatinya...
dan,
mendoakan agar aku bertemu kebahgiaan..
dan kejayaan di dunia dan akhirat....

Semoga Allah memberi kekuatan dan keteguhan iman kpd ku..
utk meneruskan kehidupan dengan lebih baik...
dan dpt melupakan semua ini...
dengan tenang....

baris lagu tentang dia..

haruskah ku terus melayari perasaan
meski pun ku tahu ini hanya lah khayalan
cintaku padamu haruskah aku teruskan..
kerana ku tahu dirimu sudah berteman...

mengapa dia yg ku cinta
sedangkan ku tahu sikap nya begitu
dia pandai berpura dan pandai bermain kata
setahun bersama bak seribu tahun terseksa...

baris-baris lagu ni sentiasa mengingatkan aku pd dia...
knp dia?
puas aku cuba singkirkan dia dari hidup aku..
tapi aku msh belum berupaya...

kadang2 aku rs dia ikhlas membantu & menyayangi aku..
tp kadang2 aku rs dia hanya ingin mengambil kesempatan pd kelemahan dan kekurangan aku...
Ya Allah... knp aku jd begini?
terlalu byk kenangan kami...
knp aku pgil kenangan??? sedangkan ia nya peristiwa pahit...
tolong lah...
pergi lah jauh dari hidup aku...

ya.. kdg2 aku sgt merindu kan dia..
sangat2 rindukan dia...
tp rindukah dia pd aku??
atau aku yg bertepuk sebelah tangan??

Tolonglah... kembalikan kekuatan pd aku..
utk tempuhi semua ni..
sebagaimana aku tempuhi nye 4 tahun dulu...

Friday 15 April 2011

C.I.N.T.A

kenangan yang telah kau berikan pd aku,
bukan bererti kau telah mencintai ku,
kau hanyalah sebatas teman dengan ku..
teman di mana aku mengharapkan cinta dari mu,
namun kau hanya memberi senyuman persahabatan..
aku tahu aku tidak seperti yang kau harapkan..
tapi cinta ini akan selalu di hati..

terkenang..

Smlm aku ke satu tempat bersama kwn2 aku...
jalan2 yg aku lalui tu spt pernah aku pergi sblum ni..
aku cuba ingt kembali..
bila tiba di tempat tu, terus aku teringat dia..
ye... dia pernah membawa aku ke sini..
waktu tu,aku dan dia ingin menonton wayang tp syg.. tmpt tu xde cinema..
terus aku teringat kan dia..
sepanjang perjalanan balik bersama kwn2,aku hanya mendiamkan diri...
aku masih teringat diri nya..
aku belum mampu melupakan dia..
Ya Allah, ampunkan dosaku kerana masih mimpikan diri nya..
Ya Allah, aku sangat lemah... bg la aku kekuatan utk melupakan diri nya..
jauhkan hatiku dari menyimpan perasaan terhadap dia...

genap setahun

Hari ini, 15 April... genap setahun aku bekerja dgn M****s.
X terasa masa cepat berlalu....
byk pengalaman aku dapat...
dengan M****s, aku temui kwn2 bru.. aku merantau tmpat baru, negeri baru iaitu Sabah..
aku jatuh cinta dgn sabah... Org2 di sini baik2 belaka.. walaupun muka diorg nmpk mcm ganas ataupun nmpk mcm garang, tp sbnrnye diorg baik hati... baik budi bahasa nye... lembut tutur katanya.. aku suka dialek sabah... "boleh bah kalau kau" he3.. mcm trademark Lena AF9...
sepanjang aku bekerja di sana, aku merasa seronok.. sbb aku suka suasana di sana.. walaupun aku tiada pembantu di pjbt, tp kerja2 aku slalu dibantu oleh kwn2 aku melalui email dan telefon... Kwn2 kerja semua baik, mereka sgt menyenangkan...
aku rindu dgn Allan dan Tuah... diorg tu dh mcm adik2 aku... mmg sebaya dgn adik aku pun.. hu3... aku rindu dgn nyanyian Allan... aku rindu dgn gurauan Tuah... Aku rindu jgk dgn Arif T... sbb dialah aku berani drive kereta.. dia yg tlg ajar aku drive kereta auto... teringat juga aku pd yg lain2... kpd kwn yg suka menyakat aku.. sapa lg kalo bukan si arief, azman (cigu), enil, & nasir.. kwn2 rumah aku lagi.. kak ida, ecah & shelv... semua nye happening!
tp hakikatnya aku rindu dgn SEMUA orang yg ada di pjbt M****s tu... tapi rindukah diorg pd aku? hu3...
tak sabar nak jumpa diorg.. walaupun sekejap je nnti, sekurang2 nya aku dpt jmpa.. mana lah tau tu yg terakhir aku dtg sabah kan... lain la kalo aku kawin dgn org sabah.. bleh duduk sana... oooppppsss!! hu3... ada ke yg berkenan kt aku? ha3.. ilya,cermin diri tu sikit.... =)
apa2 pun, pengalaman setahun bersama M****s ni mmg byk mempengaruhi hidup aku.. walaupun aku banyak terasa hati dgn org atasan,tp aku tahu dugaan ini mematangkan aku.. terima kasih M****s kerana memberi peluang yg hebat ini pd aku... aku tak kan dpt lupakan sepanjang hayat aku... Thanks 4 everything... Love u all!! mmuaahhhh!!

Thursday 14 April 2011

14.04.2011

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kpd mak dan abah ku yg ke 27 tahun.... smoga hubungan kalian bahagia ke akhir hayat, di murahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik... love u all... n Thanks 4 everything....

Selamat Hari Jadi kpd sesapa yg menyambut hari jadi arini termasuk la bf adik aku ni.. en.mohammad roshidi... smoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... cepat2 ar kawin ngn adik aku... bleh aku minta pampasan (langkah bendul)... he3...

Wednesday 13 April 2011

sekadar coretan..

Setiap manusia pasti menyimpan kenangan... pahit dan manis.. dan terpulang pada kemampuan dan kemahuan masing2 sama ada utk mengingatinya sepanjang hayat atau pun membuang semua nya dari hidup kalian.. tapi percayalah, sekuat mana kita cuba melupakannya, dan sekuat itu jugalah kita mengingatinya.. ia tak akan luput dari ingatan hingga ke akhir hayat.. melainkan kita hilang ingatan ataupun mati....

Begitu juga aku... manusia yg lemah... belum mampu melupakan kenangan pahit yg menghantui fikiran dan hidup aku sejak beberapa tahun yg lalu... kalo aku tak fikirkan Tuhan, dan keluarga..pasti aku terjerumus dengan “mati mengejut”.. istilah sekarang.. (bunuh diri)... astaghfirullah... Allah masih syg kan aku kan... DIA tak akan menduga seseorang tu melainkan mereka mampu mengharunginya.. Allah Maha Mengetahui....

Aku tau Allah sentiasa memberi peluang dan kesempatan kpd hamba Nya untuk bertaubat.. Sebelum ni, aku pernah lemas di pantai PD tapi Alhamdulillah nyawaku panjang... pasti Allah ingin memberi peluang pd ku... kali kedua, aku diuji skali lg apabila ditimpa kecelakaan jalan raya tahun lalu.. Alhamdulillah... semua selamat tapi kalau tgk kereta, confirm org ingat kami dh mati... itu lah ujian Allah beri... DIA beri peringatan sebelum DIA dtg memanggil kita... perbaiki diri selagi masih berpeluang...

Aku bersyukur kerana sepanjang kehidupan aku di muka bumi Allah ini, byk pengalaman yg telah aku dapat.. dan juga mengumpul kenangan indah dan pahit.. utk dijadikan sbg teladan dlm hidup tapi bukan dijadikan sbg dendam dalam hidup... biar hidup sederhana, redha, tawakal dan sentiasa muhasabah diri... tp kita manusia yg lemah, x lari dari melakukan kesilapan dan dosa... Sentiasa mengingatkan diri utk melakukan yg terbaik dlm hidup... niat kerana Allah S.W.T... insya Allah hidup kita diberkati..

Aku pasti orang-orang di luar sana lebih ramai yang mengalami dugaan dan keperitan hidup yang lebih berat dari aku alami... aku doakan smoga korang tabah menghadapi nya... jangan mudah mengalah... Insya Allah, Allah bersama org2 yang sabar dan tabah...

Tuesday 12 April 2011

kata hati ilya: selamat datang... welcome...

kata hati ilya: selamat datang... welcome...: "Selamat datang kpd sy sndiri.... sbb akhirnya terjebak jugak dgn blog2 ni... saje mencuba akhirnya rs tertarik pula utk meneruskan.... n sel..."

hari penuh kejutan

Hari ini aku menerima berita sedih dari seorang rakan mse blaja dulu... seorg junior kami di kolej dulu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya... Langgar lari... sedihnya... Kim seorg yg ceria, baik hati dan kwn yg baik telah pergi menemui DIA... Pasti DIA amat menyayangi Kim... Semoga roh Kim dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman... insya Allah... takziah kpd family arwah...

Smlm terima berita ttg kehadiran org baru... hu3... senior aku mse blaja dulu la... aku xtau pun dia pregnant.. last2 dpt berita yg dia dh selamat lahirkan baby no 2... hu3... apa2 pun tahniah la ye... =)

Tahniah juga utk kwn2 sy yg baru menerima cahaya mata yang pertama dan kedua.... =) tapi korang jgn tanya aku bila lagi ar.... itu soalan yg dh biasa aku dgr n x larat nk dgr sbnr nye... n kpd kwn2 yg tgh sibuk dgn persiapan kahwin utk tgh tahun ni, selamat menyiapkan diri anda semua ye... selamat menempuhi alam perkahwinan....

selamat datang... welcome...

Selamat datang kpd sy sndiri.... sbb akhirnya terjebak jugak dgn blog2 ni... saje mencuba akhirnya rs tertarik pula utk meneruskan.... n selamat datang juga kpd sesiapa yg sudi singgah ke blog sy yg x seberapa ni... thanks... =)