kenangan lalu..

kenangan lalu..
rindu...

Friday 3 June 2011

Kisah teladan Islam : Semut & Nabi Sulaiman AS

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Dalam perjalanannya, baginda terserempak dengan sekumpulan semut yang sedang mengusung makanan. Baginda mengamati kumpulan semut itu dan mendapati beberapa biji kurma sedang diusung.

Nabi Sulaiman AS bertanya kepada semut-semut itu, "Wahai semut, tujuan apa kamu membawa kurma-kurma itu?" Salah seekor semut itu menjawab, "Wahai tuanku, ini ialah kurma yang Allah SWT berikan kepada kami sebagai bekalan makanan untuk tempoh setahun."

Nabi Sulaiman AS mengambil botol lalu berkata kepada semut-semut itu, "Wahai semut sekalian, masuklah ke dalam botol ini. Kamu telah diberi beberapa biji kurma untuk bekalan kamu selama setahun. Tahun depan beta akan kembali untuk melihat keadaan kamu." Semua semut itu taat kepada perintah Nabi Sulaiman AS.

Setelah setahun berlalu, Nabi Sulaiman AS kembali melihat kumpulan semut itu. Baginda melihat kurma-kurma itu tidak banyak yang berkurang.

Nabi Sulaiman AS bertanya, "Hai semut-semut, mengapa kamu tidak menghabiskan kurma-kurma itu?" semut menjawab, "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya, selama ini kami hanya menghisap airnya dan banyak berpuasa. Kami berasa bimbang sekiranya kurma-kurma itu dihabiskan, kami tidak akan mendapat bekalan lagi daripada tuanku untuk tahun yang mendatang." "Jangan bimbang, selama ini Allah SWT yang memberikan rezeki kepada kami," kata Nabi Sulaiman AS.

TELADAN: MENGHARAPKAN PEMBERIAN REZEKI DARIPADA ALLAH SWT LEBIH BAIK DARI BERGANTUNG REZEKI DARIPADA MANUSIA..

Sumber: Koleksi Cerita Teladan Islam

p/s : mesti korang pelik, npe aku letak citer ni dlm blog aku kan? ape2 pun, utk pengetahuan korang, ape shj yg aku letak dlm blog aku ni,pasti ada kaitan dlm hidup aku... untuk bos2 di luar sana, jgn berlagak sgt, yg susah kene bantu, bukan nya dianiaya.... renung2 kan.... =)

No comments:

Post a Comment