kenangan lalu..

kenangan lalu..
rindu...

Monday 20 June 2011

last.

aku tahu ada yg sudi baca blog aku..
tapi aku tak tahu tujuan nye..
mungkin sbg hiburan..
mungkin sbg maklumat..
atau mungkin sbg pengintip???

hm, maaf la ye kpd pembaca..
sbb ni last post.
lps ni aku dh x coret kan ape2 dlm blog ni,
sbb aku dh punya blog lain,
yg kau tak bleh cari lg..

thanks sbb sudi membaca..
da-

Saturday 18 June 2011

Happy Father's Day

Khas utk kaum Adam yang dah bergelar bapa,
Selamat Hari Bapa..
Smoga anda semua sihat & sentiasa dirahmati Allah,
dan smoga anda dapat menunaikan tanggungjawab,
dengan baik, adil, jujur & saksama...

Khas utk abah,
thanks for everything,
mak, along, angah, yana, kakak, atah & adik syg abah..
maaf xde hadiah la,
sbb along baru je berhenti keje.. hu3..
abah... please, jaga kesihatan..
nanti masih sempat tgk along & anak2 abah yg lain kahwin,
dan dpt tgk cucu cicit abah juga..
harap2 abah tak kecil hati dgn along,
sebab along terlalu berterus terang,
maaf ye..

HAPPY FATHER'S DAY!

x lupa utk si dia juga..
selamat hari bapa!
be a good papa to your princess & prince..
take care.. n have a nice day!

so touching!

Sempena hari bapa ni..
byk betul citer yg touching2...
aduhai..
aku ni dh la mudah menangis bila tgk movie/drama yg kekeluargaan ni..

mlm smlm dh menangis,
sbb tgk citer will smith berlakon tu..
ape ek tajuk nye? hmm...
ha! dh ingat.
tajuk nye " the pursuit of happyness"
sangat terharu bila tgk citer ni..
tentang pengorbanan seorg ayah,
utk anak dia & demi masa depan dia...



ni aku baru je bru abis menangis,
tgk movie Hong Kong ni, Andy Lau berlakon, kat ntv7..
tajuk nye "wait 'til You're Older"
aduhai... sedihnye.. =(
tp citer ni byk pengajarannye..
terutama pd kaum adam di luar sana tu..
jgn curang dgn isteri anda,
dan berlaku setia, adil dan jujur dalam perhubungan dan keluarga..
kerana masa di dunia ni sgt singkat..
jd hargai lah ia sebaik mungkin..




dan paling utama,
cerita2 yg aku tgk ni,
semua ada pengajaran utk aku..
hanya dia je tahu ape pengajaran tu,
kalau dia terus membaca blog aku ni..

impian aku,
adalah utk melupakan dia..
aku tak kan lupa kenangan dan jasa baik dia pd aku,
aku sangat berterima kasih pd dia,
atas kasih syg yg dia berikan..
aku mmg sangat syg kan dia...
tapi aku harus lupa kan dia,
sebab dia bukan milik aku..
dan hakikat nya, dia mmg tak syg kan aku & tak cinta kan aku..


pesanan utk dia jika dia membaca blog ni,
maaf kalau suatu hari nanti,
anda tak dpt menghubungi saya lagi,
sebab sy dh buat keputusan ni,
utk kebahgiaan semua org,
dan utk ketenangan diri sy juga..
maaf kan sy..
smoga dia menjadi seorang lelaki yg baik pd keluarganya & juga pd agamanya.
Amin...

Friday 17 June 2011

GCB with f.r.i.e.n.d.s.

29 Julai 2010

Tarikh yg x leh lupa..
hang out dgn kwn2 keje, tetamu n family C.O.O,
g mkn mcD...
mse tu tgh hangat dgn GCB ni la...
tp paling best adalah....
makan FREE!! sbb C.O.O yg baik hati blanja mkn,
with his friend, Miss Yan... ahaks!
thanks....

korang ingat x? mse nak gi McD, kte gi 2 keta..
n berhimpit2... lawak giler...
lps tu, terpaksa meredah hujan lebat,
mse balik ofis.. hu3..
tp sempat bgmbr2 lg,
kt kdai brg sukan tu,
sementara tunggu hujan reda sikit...
nasib baik smpai kt ofis.. C.E.O x msuk ofis lg...
hu3....

miss uols..... =(
hopefully uols bahagia walau di mana uols berada...
aku betul2 rindukn kenangan waktu bersama korang...
take care my dear f.r.i.e.n.d.s & C.O.O....




Thursday 16 June 2011

profile about me..

someone has making profile about me..
nice..
n kebanyakkan nya betul la..
anyway, dia hanya kawan aku...
not more than that because i'm happy, he already has his "super babe".. ahaks!
thanks my friend..

let me share to uols about what he said about me...

ko nak tau ape profiling aku pd ko?
*ko memang garang luaran
*tp deep down ko penyayang
*ko marah2 n sampai masa ko akan simpati pada orng yg ko marah
*caring
*kalau bleh semua orng ko nak tlg
*dari segi duit ko pandai guna
*kebanyakan ko akan bantu orng lain

that's all from him...

and he makes me smile
selepas aku kemurungan hampir 3 minggu ni...
Ya Allah, terima kasih sbb Kau beri aku kwn yg baik ni..
thanks.. aku bersyukur...

dia dh delete aku.

sedih nye.
setelah byk yg kita kongsi bersama,
oleh kerana kata2 mereka,
maka kau delete aku,
keluar terus dr hidupmu,
tanpa dgr penjelasan aku,
sungguh mudah,
seperti kau memetik jari,
sepantas itu kau memutuskan,
ikatan yg terbina ni..

satu hari nanti,
kebenaran akan terbongkar.

terima kasih utk segalanya..

Tuesday 14 June 2011

pasrah segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu dan lirik : Nasyid DeHearty

lemahnya.

Ya Allah....
lemah nya aku rasa ketika ini..
seperti hilang tempat bergantung..
sedih yang tidak tertanggung..
bila insan2 yang kita percayai meninggalkan kita..

Ya Allah..
berilah hamba Mu yang hina dan lemah ini kekuatan
utk teruskan hidup
utk buktikan kejayaan dalam hidupku
dan dunia akhirat..

Ya Allah..
berilah petunjuk dan hidayah
pada insan yang semakin bongkak dan lupa diri itu
semoga dia sedar kesilapan nye
dan perbaiki segala yg telah dirosakkannya
dan paling penting, dia berkata benar...

Ya Allah..
Maaf kan aku, ampunkan aku segala khilafku
aku hanya ingin jujur dlm hidupku..
maka KAU berikan aku panduan..
agar aku tak terpesong..
KAU tetapkan iman ku..
dan lindungi aku dari segala kejahatan, fitnah, penganiyaan dan kezaliman..
amin.. amin.. amin.. ya rabbulalamin...

Sunday 12 June 2011

mencintai NYA.

aku ingin belajar...
untuk mencintai NYA..
sepenuh hati ku..

smoga DIA menerima ku..
dan memaafkan segala kesilapan ku..
serta menerima taubat ku...

amin...

bila rindu menyapa...

tak salah kan aku..
bila aku merindui dia..
kerna dia bukan milikku..
dan tangan ku tak sampai memeluk dirinya..
aku hanya rindu kan dia..
bukan bererti aku ingin memiliki dia..
kerna dia milik yang lain..
dan aku tak tergamak merampas dia..
aku bukan kejam..

tapi terasa diri ku ni bodoh..
sbb merindui insan yg tak pernah rindukan aku..
yang tak pernah menyintai aku
yang tak pernah menyayangi aku..

mendekati aku..
hanya kepentingan sendiri..
hanya kerana nafsu..

aku ingin melupakan kau..
aku akan tetap berusaha utk melupakan kau..

tapi aku akui..
bukan mudah utk melupakan kau..
terlalu banyak kenangan...
ada kala nya aku terlalu benci dan hina dgn diri sendiri..
bila mengingati semua itu..
sedangkan kau bergembira di sana...

adakah kau gembira melihat keadaan ku sekarang??

Friday 10 June 2011

Kisah teladan Islam : Nasib Si Pencuri

Aku nak berkongsi cerita ni ngn korang... Sebab ia masih ada kaitan dengan orang2 yg ada di sekeliling aku.. dan aku harap orang ni akan bertaubat dan mengaku kesalahan nya nanti.. selamat membaca!

Hateem bin Jamul ialah seorang pengembala kambing. Tuannya bernama Tuan Zabanir. Hateem bekerja setiap hari dengan hati yang ikhlas. Hateem juga seorang pekerja yang baik.
Pada suatu hari, Hateem telah diperdaya oleh iblis untuk menjadi kaya. Dia mula memikirkan cara yang mudah untuk menjadi kaya. Setelah lama berfikir, dia pun mendapat satu jalan. Dia mahu menjual kambing-kambing tuannya di pasar. Cubaan pertama Hateem adalah membawa beberapa ekor kambing ke pasar. Setelah menjual kambing-kambing itu di pasar, dia berjaya mendapat wang yang banyak. Apabila Tuan Zabanir bertanya tentang bilangan kambing-kambingnya yang semakin berkurang, Hateem menjawab bahawa kambing-kambing itu telah dibaham oleh binatang buas.
Tuan Zabanir tidak memarahi Hateem, sebaliknya beliau meminta Hateem menjaga kambing-kambing itu dengan baik. Selepas peristiwa itu, Hateem mahu menjual lagi kambing-kambing milik tuannya. Pada kali ini, Hateem membuat alasan bahawa pencuri telah membawa lari kambing-kambing itu. Tuan Zabanir masih lagi mempercayai kata-kata Hateem untuk kali kedua. Hateem berasa sangat selamat. Dia semakin seronok dengan perbuatan mencuri.
Hateem meneruskan niat untuk mencuri kambing untuk kali ketiga. Setelah dia berjaya menjual kambing-kambing itu di pasar, dia pulang dengan hati yang senang. Dalam perjalanan pulang, Hateem telah dirompak. Kesemua wang hasil jualan kambing itu telah dirompak. Akhirnya, perbuatannya terbongkar dan Tuan Zabanir telah menghukum Hateem atas perbuatan mencuri kambing-kambingnya itu.

TELADAN: ORANG YANG SUKA BERCAKAP DUSTA, AKHIRNYA ALLAH SWT AKAN MEMBONGKAR RAHSIA KEBOHONGANNYA.

Renung-renungkan dan selamat beramal (gaya prof izzi)... ahha... (tiba2 teringat allan... rindunya sama kau!)....

Friday 3 June 2011

Kisah teladan Islam : Semut & Nabi Sulaiman AS

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Dalam perjalanannya, baginda terserempak dengan sekumpulan semut yang sedang mengusung makanan. Baginda mengamati kumpulan semut itu dan mendapati beberapa biji kurma sedang diusung.

Nabi Sulaiman AS bertanya kepada semut-semut itu, "Wahai semut, tujuan apa kamu membawa kurma-kurma itu?" Salah seekor semut itu menjawab, "Wahai tuanku, ini ialah kurma yang Allah SWT berikan kepada kami sebagai bekalan makanan untuk tempoh setahun."

Nabi Sulaiman AS mengambil botol lalu berkata kepada semut-semut itu, "Wahai semut sekalian, masuklah ke dalam botol ini. Kamu telah diberi beberapa biji kurma untuk bekalan kamu selama setahun. Tahun depan beta akan kembali untuk melihat keadaan kamu." Semua semut itu taat kepada perintah Nabi Sulaiman AS.

Setelah setahun berlalu, Nabi Sulaiman AS kembali melihat kumpulan semut itu. Baginda melihat kurma-kurma itu tidak banyak yang berkurang.

Nabi Sulaiman AS bertanya, "Hai semut-semut, mengapa kamu tidak menghabiskan kurma-kurma itu?" semut menjawab, "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya, selama ini kami hanya menghisap airnya dan banyak berpuasa. Kami berasa bimbang sekiranya kurma-kurma itu dihabiskan, kami tidak akan mendapat bekalan lagi daripada tuanku untuk tahun yang mendatang." "Jangan bimbang, selama ini Allah SWT yang memberikan rezeki kepada kami," kata Nabi Sulaiman AS.

TELADAN: MENGHARAPKAN PEMBERIAN REZEKI DARIPADA ALLAH SWT LEBIH BAIK DARI BERGANTUNG REZEKI DARIPADA MANUSIA..

Sumber: Koleksi Cerita Teladan Islam

p/s : mesti korang pelik, npe aku letak citer ni dlm blog aku kan? ape2 pun, utk pengetahuan korang, ape shj yg aku letak dlm blog aku ni,pasti ada kaitan dlm hidup aku... untuk bos2 di luar sana, jgn berlagak sgt, yg susah kene bantu, bukan nya dianiaya.... renung2 kan.... =)