kenangan lalu..

kenangan lalu..
rindu...

Friday 10 June 2011

Kisah teladan Islam : Nasib Si Pencuri

Aku nak berkongsi cerita ni ngn korang... Sebab ia masih ada kaitan dengan orang2 yg ada di sekeliling aku.. dan aku harap orang ni akan bertaubat dan mengaku kesalahan nya nanti.. selamat membaca!

Hateem bin Jamul ialah seorang pengembala kambing. Tuannya bernama Tuan Zabanir. Hateem bekerja setiap hari dengan hati yang ikhlas. Hateem juga seorang pekerja yang baik.
Pada suatu hari, Hateem telah diperdaya oleh iblis untuk menjadi kaya. Dia mula memikirkan cara yang mudah untuk menjadi kaya. Setelah lama berfikir, dia pun mendapat satu jalan. Dia mahu menjual kambing-kambing tuannya di pasar. Cubaan pertama Hateem adalah membawa beberapa ekor kambing ke pasar. Setelah menjual kambing-kambing itu di pasar, dia berjaya mendapat wang yang banyak. Apabila Tuan Zabanir bertanya tentang bilangan kambing-kambingnya yang semakin berkurang, Hateem menjawab bahawa kambing-kambing itu telah dibaham oleh binatang buas.
Tuan Zabanir tidak memarahi Hateem, sebaliknya beliau meminta Hateem menjaga kambing-kambing itu dengan baik. Selepas peristiwa itu, Hateem mahu menjual lagi kambing-kambing milik tuannya. Pada kali ini, Hateem membuat alasan bahawa pencuri telah membawa lari kambing-kambing itu. Tuan Zabanir masih lagi mempercayai kata-kata Hateem untuk kali kedua. Hateem berasa sangat selamat. Dia semakin seronok dengan perbuatan mencuri.
Hateem meneruskan niat untuk mencuri kambing untuk kali ketiga. Setelah dia berjaya menjual kambing-kambing itu di pasar, dia pulang dengan hati yang senang. Dalam perjalanan pulang, Hateem telah dirompak. Kesemua wang hasil jualan kambing itu telah dirompak. Akhirnya, perbuatannya terbongkar dan Tuan Zabanir telah menghukum Hateem atas perbuatan mencuri kambing-kambingnya itu.

TELADAN: ORANG YANG SUKA BERCAKAP DUSTA, AKHIRNYA ALLAH SWT AKAN MEMBONGKAR RAHSIA KEBOHONGANNYA.

Renung-renungkan dan selamat beramal (gaya prof izzi)... ahha... (tiba2 teringat allan... rindunya sama kau!)....

No comments:

Post a Comment